24 May 2012

I WILL GET MARRIED SEASON 1

 KISAH DUA HATI MULA BERTAUT
2006



Ketika itu aku masih lagi di tingkatan empat, aku mengambil aliran Landskap dan Nurseri. Kira tahun pertama belajar landskap. Pada tahun itu juga cikgu bahagian landskap membuat lawatan sambil belajar di Taman Tasik Perdana, aku juga turut sertai. Kami digabungkan dengan kelas tingkatan lima landskap, kami kira junior la. Peragai sedikit degil.


Dalam perjalanan kami didalam bas kami telah membuka tudung bila di igat kembali memang kelakar la, zaman baru nak naik!! “free hair” tu kan lg cun konon. Budak “form 5” memang “problem” sikit dengan kami sebab kami yang agak degil, dan kepoyoan nakal la...hak3


Sampai di Taman Tasik Perdana, kami dibebaskan oleh cikgu untuk berjalan sendiri, aku nie pulak jenis suka berkawan dengan apa jenis pon kawan. Dalam masa berjalan aku bertukar-tukar kawan kelas aku, dalam kelas aku ade 2 3 cabang jenis kawan. Aku kesana dan kesini. Untuk saat akhir aku memilih untuk mengikuti geng alin dan kawan-kawan.


Kami berjalan-jalan terjumpa la dua orang budak perempuan yang sebaya kami, dengan tidak segaja aku tiba-tiba jadi peramah tegur la depa nie. Sempat berkenalan yang melayu nama dia mimi dan yang india tu aku dah tak berapa ingat. Selepas berkenalan kami pon terus berjalan mencari ilmu, kata pon lawatan sambil belajar, belajar la sanggat.
Sedang berjalan kami terserempak dengan sekumpulan lelaki yang bagi aku amat menyeramkan, yeala waktu tu baru “form 4” lelaki ini memang menakutkan. Dengan tiba-tibe sekumpulan lelaki ni mendekati kami yang sedang berjalan. Seorang lelaki yang agak macho-macho dengan selamba nak berkenalan. Tapi apakan daya ketika itu hanya boleh brcakap dalam hati dan berfikir “ lelaki ini mesti play boy”. Hurmmmm L kcewa.

Dalam masa yang sama mereka masih lagi mengekori kami kemana-mana, amat la merimaskan aku. Sehingga aku sanggup duduk dalam toilet sehingga sekumpulan lelaki pergi. Tapi mereka tetap menugu kami. Sampai la letih kami berkejaran seperti filem Hindustan kami memutuskan untuk duduk di tepi tasik, lelaki yang betul nak berkenalan dengan aku itu duduk betul-betul sebelahan aku, macam cerita dalam filem, sebab kawan-kawan aku yang lain pun siap dapat 1 pasangan. Huhuhu....bila kami dapat duduk, ketika itu la kami dapat bincang dengan baik apa la yang depa nak sanggat sampai saggup kejar kami kesana dan kemari. Dengan selaba lelaki sebelah aku tadi bersuara. “ saya nak kan awak, boleh tak awak bagi no handphone”. Kebetulan aku pon baru pakai handphone, belum ade ramai kawan untuk aku bermesej. Heheee.(ambil kesempatan jer aku nie) . aku ingat lagi aku tulis no handphone aku dalam buku yang diorang hulurkan, buku LANDSKAP.


Saat untuk pulang, setelah masa pon hampir berakhir di Taman Tasik Perdana, setiap langkah aku berfikir adakah aku dapat berjumpa dia lagi? Dengan usikan kawan yang aku akan bercouple dengan mamat itu, aku menafikan sebab mana mungkin aku akan berkawan dengan dia, dia bukan test aku.
Seminggu kemudian, handphone aku kederingan dalam kepala otak tak fikir pon siapa yang akan call aku. Tapi apakan daya bukan la dia,tapi kawan sekelas dia. yang hanya memberitahu si laki macho suka kan aku itu jer. Tapi sebenarnya  ade udang disebalik batu, gunakan no phone aku untuk mendapatkan khabar kawan aku. Huurmmmm selepas beberapa minggu aku stop untuk mesej laki ni. Selepas dari mesej dengan kawan dia, aku tidak mengharapkan lagi yang dia akan mencari aku.

No comments:

Post a Comment